Penganjur
Penganjur Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini adalah Projek Lebuhraya Usahasama Berhad beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 43701 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“PLUS Berhad” atau “Penganjur”).
Tempoh
Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini akan berlaku pada 17 Julai – 30 Julai 2026, (“Tempoh Kempen”) dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
Kelayakan
Kempen ini terbuka kepada ahli PLUSMiles yang tidak berbelanja pada bulan Jun 2026
Bukan ahli PLUSMiles perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles pada/sebelum 14 Ogos 2026.
Cara mendapatkan 500 Mata Ganjaran & 800 Mata Ganjaran PLUSMiles
|
Syarat |
Ahli PLUSMiles Sedia Ada |
Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar dalam tempoh kempen |
|
Jumlah Transaksi Tol untuk Touch ‘N Go Kad dan/atau RFID dan/atau ANPR |
Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM20.00 |
|
|
Jumlah Mata Ganjaran |
500 Mata Ganjaran ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen |
800 mata ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen |
Liabiliti dan Tanggungjawab
Pelanggan haruslah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, prosiding, kos dan perbelanjaan yang mungkin dihadapi oleh pihak Penganjur berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan pelanggan dalam Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini (termasuk dan tidak terhad kepada kejadian tidak dijangka, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) kerana menyertai Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES”, penebusan dan/atau penggunaan mata ganjaran tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, peristiwa, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang tidak diduga (termasuk kematian) dalam apa jua situasi.
Pihak Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh pelanggan yang menyertai Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pelanggan berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan dalam Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar kawalan pihak Penganjur.
Para pelanggan juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kecederaan kepada pelanggan dan/atau kerosakan komputer pelanggan dan/atau mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web PLUSMiles dan berkaitan dengan Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES”, penghantaran/muat naik informasi untuk Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” termasuk tetapi tidak terhad kepada mana- mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh pelanggan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.
Hak Penganjur
Penganjur mempunyai hak untuk mengubahsuai, menggantung atau membatalkan Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” jika gagal berjalan seperti yang dirancang, terganggu atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus, penggodaman, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab di luar kawalan Penganjur walaupun selepas Penganjur telah memberikan usaha yang terbaik untuk menyelesaikannya.
Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana- mana pelanggan yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan Kempen, operasi Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” atau melanggar terma-terma Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES”. Penganjur juga berhak untuk menamatkan mana-mana keahlian ahli PLUSMiles pelanggan yang menyertai Kempen ini yang semunasabahnya disyaki telah melanggar atau mengingkari mana-mana terma dan syarat. Penganjur mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah melakukan penipuan atau aktiviti berbahaya lain dengan Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” dan/atau proses penyertaan Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES”.
Terma dan Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya terdapat ketidakselarasan, konflik, kekeliruan atau percanggahan terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Dengan menyertai Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES”, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES”.
Soalan Lazim / Frequently Asked Questions
|
No |
Soalan / Question |
Jawapan / Answer |
|
1 |
Bilakah Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini bermula?
When does this “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” Campaign begin? |
Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini bermula pada 17 sehingga 30 Julai 2026.
This “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” Campaign begins on 17th until 30th July 2026. |
|
2 |
Apakah syarat-syarat kelayakan Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini?
What are the eligibility requirements for this “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” Campaign? |
Ahli PLUSMiles yang tidak mempunyai transasksi pada bulan Jun 2026.
PLUSMiles members that does not have transaction in June 2026. |
|
3 |
Bagaimanakah cara untuk menyertai Kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” ini?
How do I participate in this “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” Campaign? |
Langkah untuk menyertai kempen “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES”: Ahli PLUSMiles sedia ada
Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum atau pada 14 Ogos 2026.
Steps to join the “TEROKA & MENANG GANJARAN PLUSMILES” campaign: Existing PLUSMiles
Non-PLUSMiles members
|
|
4 |
Bagaimana saya boleh dapatkan 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?
How do I get the 500 PLUSMiles Points? |
|
|
5 |
Bagaimana saya boleh dapatkan 800 Mata Ganjaran PLUSMiles?
How do I get the 800 PLUSMiles Points? |
|
|
6 |
Apakah saya boleh lakukan dengan dengan Mata Ganjaran PLUSMiles bonus?
What can I redeem with bonus PLUSMiles Points? |
Anda boleh menebus Mata Ganjaran PLUSMiles dengan memuat turun Aplikasi PLUS di Apple Store atau Google Play Store dan memilih jenis- jenis produk penebusan yang sedia ada di portal PLUSMiles
You can redeem PLUSMiles Points by downloading the PLUS App on the Apple Store or Google Play Store and refer to types of redemption products available in PLUSMiles Portal
|
|
7 |
Adakah terdapat tarikh luput untuk Mata Ganjaran PLUSMiles saya?
Is there any expiry date for my PLUSMiles Points? |
Mata Ganjaran PLUSMiles anda akan sah selama enam (6) bulan. Sebagai contoh, mata yang diperoleh pada Oktober 2025 akan luput tarikh pada 31 November 2025.
Your PLUSMiles Points is valid for a period of six (6) months and the expiry is based on first in-first out on a monthly basis. For example, points earned in Oktober 2025 will expire on 31st November 2025. |
|
8 |
Jika saya ialah ahli PLUSMiles sedia ada dan guna lebih daripada RM20.00 tansaksi tol (TnG Kad dan/atau RfiD dan/atau ANPR), adakah saya akan dapat lebih daripada 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?
If I am an existing PLUSMiles Member and pay more than RM20.00 toll transaction (TnG Card /RfiD/ ANPR), will I receive more than 500 PLUSMiles Points? |
Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 500 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RfiD dan/atau ANPR) minima RM20.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen
No, you are entitled to earn 500 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM20.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD usage and/or ANPR) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period |
|
9 |
Jika saya ialah Bukan Ahli PLUSMiles yang baru berdaftar sebelum/pada 14 Ogos 2026 dan guna lebih daripada RM20.00, adakah saya akan dapat lebih daripada 800 Mata Ganjaran PLUSMiles?
If I am a Non-PlusMiles and pay more than RM20.00 tol transaction (TnG Card /RfiD/ ANPR), will I receive more than 800 PLUSMiles Points? |
Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 800 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RfiD dan/atau ANPR) minima RM20.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen
No, you are entitled to earn 800 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM20.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RfiD usage and/or ANPR) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period |